Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat - peringkat. Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang. Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah. Hasil daripada torehan tersebut akan diperolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok getah telah pun ditebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN POSPEN BERSAMA PENDUDUK LEPAR 1 & 4

Aktiviti Terkini | 15 November 2014

Memperkenalkan PI1M kepada penduduk kampung disamping merapatkan hubungan silaturahim di antara PI1M dengan penduduk kampung yang terlibat melalui Program Kerjasama organisasi (Jabatan Kesihatan Malaysia) dalam Program Pemeriksaan Kesihatan POSPEN Bersama Penduduk Felda Lepar Hilir...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA LEPAR HILIR

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2014 Terkini

Hari terbuka Pusat Internet 1 Malaysia  ini diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan Pi1M yang tidak jemu memberikan sokongan serta menggunakan perkhidmatan di Pi1M Felda Lepar Hilir,Kuantan. Selain itu, dapat mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan Pi1M dengan warga Felda Lepar Hilir...baca selanjutnya

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE AHLI PI1M & PERPUSTAKAAN DESA FELDA LEPAR HILIR KE LOMBONG & MUZIUM SUNGAI LEMBING, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 27 September 2014

Lawatan Sambil Belajar  ke Terowong Bijih Timah & Muzium Sungai Lembing   ini adalah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan Pi1M yang tidak jemu memberikan sokongan serta menggunakan perkhidmatan di Pi1M Felda Lepar Hilir & PI1M Kg. Ubai. Selain itu, dapat menimba pengetahuan tentang sejarah Lombong Bijih Timah Terdalam didunia & melihat sendiri tinggalan barang & mesin di Muzium Sungai lembing...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA FELDA LEPAR HILIR 1

Aktiviti Terkini |13 Ogos 2014

Jamuan Hari Raya ini diadakan oleh Pejabat Felda Lepar Hilir 1 & 8 dengan kerjasama PI1M Felda Lepar Hilir, GPW & JKKR Felda Lepar Hilir. Majlis diadakan di Dewan Baiduri Felda Lepar Hilir 1 bersebelahan PI1M Felda Lepar Hilir. PI1M menyumbang kos pencetakan kupon cabutan bertuah sekaligus kad jemputan jamuan, sebanyak 300 keping, disamping memgedar risalah tentang fungsi PI1M & KDB. Jamuan dihadiri oleh Pengurus Felda Lepar Hilir 1 & 8 Ketua Peneroka, Ketua Blok, serta seluruh penduduk sekitar Felda Lepar Hilir 1...baca selanjutnya

Pertandingan Reka Kad Raya Publisher

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2014

Pertandingan reka kad raya sempena sambutan hari raya aidilfitri diadakan di PI1M Felda Lepar Hilir untuk menguji kecekapan peserta mereka sendiri kad raya mengunakan microsoft office publisher dalam masa yang telah ditetapkan. Pertandingan ini melibatkan 10 orang peserta. peserta juga diberi taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak pada hari tersebut...baca selanjutnya

Pertandingan JiwSaw Puzzle

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2014

Pertandingan JiwSaw Puzzle diadakan di PI1M Felda Lepar Hilir untuk menguji kecekapan peserta dalam masa yang telah ditetapkan. Pertandingan ini melibatkan 15 orang peserta. peserta juga diberi taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak pada hari tersebut... baca selanjutnya

Pertandingan Gubahan Tudung Saji

Aktiviti Terkini | 29 - 30 Mei 2014

Pertandingan Gubahan tudung saji bersama KEMAS Felda Lepar Hilir 1 diadakan di PI1M Felda Lepar Hilir. Pertandingan ini melibatkan 20 orang peserta. Peserta juga diberi taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak pada hari tersebut...baca selanjutnya

Pertandingan Gubahan Sireh Junjung

Aktiviti Terkini | 30 April 2014

Pertandingan Gubahan Sireh Junjung bersama pihak GPW Felda Lepar Hilir 1 diadakan di PI1M Felda Lepar Hilir. Pertandingan ini melibatkan 16 orang peserta.. Peserta juga diberi taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak pada hari tersebut...baca selanjutnya

Kejohanan Badminton PI1M Jemputan Kg. Seri Damai

Aktiviti Terkini | 14 - 16 Mac 2014

Untuk merapatkan hubungan dengan penduduk kampung dan menarik lebih ramai kaum belia datang ke PI1M, kami menganjurkan Kejohanan Badminton Pusat Internet 1 Malaysia & Jemputan Kg Seri Damai. Kejohanan ini dibuat dengan kerjasama Kelab Badminton KBY dan juga JKKK Kg Seri Damai. Kejohanan ini untuk merapatkan hubungan PI1M dengan penduduk kampung sekaligus memperkenalkan lagi PI1M kepada mereka. Kejohanan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Vateran dan Terbuka 18 tahun ke atas...baca selanjutnya

Pertandingan Origami Kuda Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2014

Sempena sambutan Tahun Baru Cina pada bulan ini, kami mengambil peluang untuk mengadakan aktiviti pertandingan origami kuda. Pertandingan ini melibatkan 10 orang peserta.Taklimat berkaitan KDB juga diberi kepada mereka...baca selanjutnya

Pertandingan Kuiz Sempena Sambutan Maulidur Rasul

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2014

Sempena Sambutan Maulidur Rasul pada bulan ini, kami mengambil peluang untuk mengadakan aktiviti pertandingan kuiz Maulidur Rasul. Pertandingan ini melibatkan 15 orang peserta. Taklimat berkaitan KDB juga diberi kepada mereka...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti